Keluarga Harapan MRE

Blog Family MRE

ip information

PENCEROBOHAN

DICEROBOH OLEH SANG TIDAK AMANAH....

Isteri dan anak anak ni amanah ALLAH...tapi kalau diorang ni tak amanah macamana pulak..kalau masalah ni ada pada anak2...memang salah didikan kita sebagai orangtua mereka...tapi kalu masalah ni ada pada bini kita macamana pulak?? SALAH mak bapak dia kah? dengan didikan yg terdahulu..
Bayangkan setelah berpuluh tahun didikan itu tersemat di dalam sanubari bini kita tu..tetiba Sang Suami yg baru beberapa tahun berkenalan lalu mengikat Ikatan Kasih sayang itu..menegur sesuatu yg SALAH...pada Sang Bininya...MAHUKAH DIA TERIMA BULAT2....
BERAT RUPANYA AMANAH ALLAH...yang diberikan...

HAK SUAMI DICEROBOH



Pedoman Tatkala terKucil


Keluar rumah: minta izin atau beritahu suami?

Walaupun segala cerita ni adalah copy n paste tetapi ia adalah benar..Ia juga salah 1 RULE dalam agama,
Iaitu agama ISLAM..kerana kita adalah beragama ISLAM..maka ini salah 1 panduan kita...

Diriwayatkan pada Zaman Rasulullah SAW, ada seorang isteri diberikan pengiktirafan oleh baginda Rasul kerana tahap ketaatan yang tidak berbelah bahagi kepada si suami. Menurut riwayat, si suami terlibat dalam perang berjihad ke jalan Allah.Dalam tempoh tersebut, si isteri yang ditinggalkan di rumah didatangi seorang saudaranya daripada kampung mengkhabarkan tentang ayahnya yang sakit tenat. Si isteri hanya menjawab: “Baliklah dahulu. Suamiku tiada di rumah.” Tak lama, saudara tadi berjumpa sekali lagi dengan si isteri, mengkhabarkan ayahnya telah meninggal dunia. Si isteri masih berikan jawapan yang sama: “Baliklah dahulu. Suamiku tiada di rumah.” Tidak lama, si suami pulang daripada berjuang. Si isteri memberikan sepenuh layanan kepada si suami termasuk layanan intimasi. Bila yakin si suami mendapat layanan sebaiknya, barulah si isteri mengkhabarkan berita tentang ayahnya.
** pada Zaman INI masih Adakah perkara ini berlaku...??

Isteri disifatkan sebagai melaku perbuatan Nushuz sekiranya ia keluar rumah tanpa mendapat keizinan suami terlebih dahulu kerana asal bagi seseorang perempuan ialah sentiasa berada di rumah suami . Firman Allah, (al-Ahzab : 33)
Apa pun berbalik kepada agama....Takkan nak biarkan suaminya terkontang kanting sorang2 kat rumah..Balik kerja rumah kosong...Rupanya diberitahu dah keluar balik Kampung melalui SMS aje...ceh! Kenapa lah si Isteri tu...Malang si Suami..tido berteman bantal peluk...

MINTAK IZIN KE ATAU BAGITAHU

KUFUR NIKMAT

Pertanyaan ditujukan kepada Rasulullah oleh wanita :: Kenapa ramai kaum wanita berada di dalam neraka?
Jawab baginda: “Kerana mereka mengingkari pergaulan dan jasa suaminya serta tidak bersyukur.” Dan apabila baginda ditanya bagaimana sebenarnya kufur nikmat itu? Sabda baginda: Seseorang kamu sudah lama membujang, akhirnya dikurniakan suami dan lama hidup bersamanya dan serta memperoleh cahaya mata dengannya. Tetapi bila berlaku sebarang ketegangan dalam rumah tangga terus sahaja isteri tadi bersumpah serta mengungkit mengatakan suami tidak pernah melakukan sebarang kebaikan dan berjasa terhadapnya.
Sikap seperti itulah kata Rasulullah kufur nikmat yang diulanginya sampai tiga kali. 

Ketentuan

ALLAH tentukan seperti firmanNya:
Terjemahannya: " Barang siapa yang mengerjakan kebaikan sebesar zarrah pun nescaya dia akan melihatnya (menilai)."(Al Zalzalah: 7)

Di samping itu ada juga amaran daripada-Nya iaitu:
Terjemahannya: " Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan sebesar zarrah pun nescaya dia akan melihatnya (menilai) pula."(Al Zalzalah: 8)