Keluarga Harapan MRE

Blog Family MRE

ip information

Syukur Alhamdullilah

Syukur Kehadrat Ilahi..Allahi pencipta semesta alam..Yang maha Pemurah lagi Maha Penyayang..Yang Menguasai hari pembalasan..

Aku bersyukur dengan nikmatMu..Dengan ciptaanMu..Pasanganku..zuriat zuriat kurnian Mu, Allah..
Pernah tak dengar pasal Perempuan itu diciptakan dari tulang rusuk lelaki?Yang sebenarnya ia hanya kiasan..

Imam Qurtubi menjelaskan  dalam kitabnya Dalilul Falihin, “Wanita dicipta dalam batas dan keadaan seperti tulang rusuk dan bukan dicipta daripada tulang rusuk.” Huraiannya, tulang rusuk dalam keadaan bengkok adalah berbeza daripada tulang yang lain (kiasan)

Dalam hal ini..kalu difahami tulang rusuk itu bengkok..memang payah untuk ditegakkan..sbb tu perempuan itu sifatnya payah dibentuk...bukan tak boleh..
Pepatah kerak yang keras bila direndam lembutlah dia..( tapi sifatnya masih kerak..bukan nasi )
Lagi satu..Lekuk batu dititik air selalu....

Jadi dalam kejadian tulang..kerak nasi...batu..bila kita nak ubah bentuk asalnya memang ambil masa...ada yang dah berbelas tahun pun masih sifat asal yang sama....Kalu sifatnya sentiasa tak berpuas hati..sampai bila2 pun ia bersifat demikian...

Rasulullah saw bersabda, “Aku berwasiat kepada kamu supaya menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana mereka dijadikan daripada tulang rusuk dan sebengkok-bengkok tulang rusuk adalah yang di bahagian teratas. Apabila kamu cuba meluruskannya, kamu akan mematahkannya dan apabila kamu biarkan saja dia akan terus bengkok selama-lamanya. Berpesan-pesanlah mengenai wanita (dengan kebaikan).”
HR Bukhari dan Muslim


Maksudnya yang aku faham sebagai suami kita haruslah membentuk diorang ni wahai sang Isteri..namun demikian..Wahai  sang Isteri..dengarlah kata2 suami mu itu...patuh lah..tunduklah selagi ia tidak melanggari hukum Allah..itu wajib..
Batu asah kalau di gunakan hari2 boleh nipis...sebelum hatinya ( sang suami ) nipis...dengar lah..ikutlah..
Dalam hal ini wahai Isteri...kata2 Sang suami bukan disuruh ikut bulat..nanti menyampah pulakkan..dah lah semua kerja rumah kene buat..( kikiki )semua tu buleh dibincang..boleh dirunding...( bukan bantah sampai tinggikan suara..bermasam muka..dia tetap suami.kene hormat )

Begitu syukurlah kepada Allah..kalau Suami tu Bertolak ansur..suka mintak pendapat Isteri..walaupun dia ada pendapat sendiri...Tak suka cara suami bagitau..bukan melenting tak pasal pasal..Nak mintak tolong bagitau..bukan maki2..mengadu dekat facebook lah..tweeter lah..wechat lah..itu bukan cara Islam..kita beragama Islam..rujuk kitab..tak ada kitab..try cari di Internet kaedah Islam..Suami ni bukan semuanya betul...

Kalau kita tak boleh terima pendapat suami...teguran suami..macamana...Kalau Isteri tak tegur suami..suami anggap semua dibuat betul..tak der masalah maksudnya..
Kalau Isteri tak diteguri suami..maksudnya semuanya indah dimata suami...sesekali ditegur IKUT..bukan dipertikaikan..bukan dibenci..tapi mungkin untuk dipercantikkan lg..


Rasulullah SAW pernah bersabda bermaksud: “Sekiranya aku dibenarkan untuk memerintahkan seseorang bersujud kepada orang lain, nescaya aku perintahkan seorang isteri bersujud kepada suaminya.” (Hadis riwayat Tirmidzi dan Ibnu Hibban)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat jika suaminya ada di rumah serta tidak dengan izinnya, dan tidak boleh memasukkan seorang lelaki ke rumahnya (walaupun saudara mara) dengan tidak meminta izin suaminya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Apabila seorang isteri keluar rumah, sedangkan suami membencinya (tidak mengizinkannya), dia akan dilaknat oleh semua malaikat di langit dan semua apa yang dilaluinya (di bumi) selain daripada jin dan manusia, sehinggalah dia kembali semula (kepada rumah suaminya).” (Hadis riwayat Thabari)

                                               "TAAT LAH SYURGA DIHADAPAN MU WAHAI ISTERI"

Kesedaran Diri

Dalam kehidupan kita memang sering perlu ingat mengingati...tak kiralah pada diri sendiri atau pada orang lain..Tapi yang penting diri sendiri dulu..Yealah..kang sibuk kat orang lain..diri sendiri plak yg tak betol...BZ body lah pulak...
Paling penting Sedar diri..rasanya sebelum2 ni dah ada post yang melibat tentang sedar diri...Cuma kebelakangan ni aku terperasan lak adalah 2/3 orang ni dah maju sikit...Syukur Alhamdullilah..Tahniah aku ucapkan..Ilmu pun dah bertambah...
Macam aku ni..entahlah..Syukur kepada Allah...Adalah sikit pengetahuan walaupon tak khatam tapi adalah sikit pengetahuan yg org lain tak ada..atau kurang orng ada..hahaha..macam ilmu ghaib jek...Tapi tulah..bila ada orang lain..berminat nak tau.. nak belajar..aku bg jek FOC ..sebab sifat aku tak suka berkira..dan aku mengharapkan org tu juga begitu...

Malangnya tak ramai mcm tu...lagi malang dengan aku pon dia berkira balik...kekeke..bukan senang beb sekarang ni dengan zaman yg dah nk berakhir ni..jumpa kawan yg betul2 kawan..nak dikata masing2 kawan ngn kita tu kawan olok2 je..hehehe [mcm main pondok2] Bia ada Ilmu tinggi sikit aja dah mula lah..dianggap kawan yg sebelah dia tu mcm x tau apa2..Akulah Yang Hebat..aku pernah hadir ni..hadir tu[walaupon xcakap] ko ta tau..aku tau..haaa..sdangkan orng dah terdahulu laluinya x pernah mcm tu...Entah lah....Ayat pon boleh putar2..pusing sana pusing sini..Keyakinan terus menerusi rezeki ghaib..tiada asbab diperlukan,
itu ditakdir katanya..tu lah bila ada kelebihan sikit..anugerah Allah pada dia...dia menjawab mcm tu.pada yang aku anggap angkuh...