Keluarga Harapan MRE

Blog Family MRE

ip information

Besdey Yuyul ~ bini aku daa...

Baru2 ni..sampai lah masanya Ulang Tahun Kelahiran bini aku..dah 30 tahun dah jenjalan kat Bumi ni...Tahniah di Ucapkan...Semoga Hidupnya diBerkati..Hidupnya Taat pada Suami dia( aku lah tu ) Pada Allah...Tunjuk Ajar yg Baik2 pada Anak2 dia( anak aku jugak,kekeke..)tengok kek tu..bak kataorg puteh sepadannya aku ngn bini aku macam strawbery dibelah 2...kekeke..

PENCEROBOHAN

DICEROBOH OLEH SANG TIDAK AMANAH....

Isteri dan anak anak ni amanah ALLAH...tapi kalau diorang ni tak amanah macamana pulak..kalau masalah ni ada pada anak2...memang salah didikan kita sebagai orangtua mereka...tapi kalu masalah ni ada pada bini kita macamana pulak?? SALAH mak bapak dia kah? dengan didikan yg terdahulu..
Bayangkan setelah berpuluh tahun didikan itu tersemat di dalam sanubari bini kita tu..tetiba Sang Suami yg baru beberapa tahun berkenalan lalu mengikat Ikatan Kasih sayang itu..menegur sesuatu yg SALAH...pada Sang Bininya...MAHUKAH DIA TERIMA BULAT2....
BERAT RUPANYA AMANAH ALLAH...yang diberikan...

HAK SUAMI DICEROBOH



Pedoman Tatkala terKucil


Keluar rumah: minta izin atau beritahu suami?

Walaupun segala cerita ni adalah copy n paste tetapi ia adalah benar..Ia juga salah 1 RULE dalam agama,
Iaitu agama ISLAM..kerana kita adalah beragama ISLAM..maka ini salah 1 panduan kita...

Diriwayatkan pada Zaman Rasulullah SAW, ada seorang isteri diberikan pengiktirafan oleh baginda Rasul kerana tahap ketaatan yang tidak berbelah bahagi kepada si suami. Menurut riwayat, si suami terlibat dalam perang berjihad ke jalan Allah.Dalam tempoh tersebut, si isteri yang ditinggalkan di rumah didatangi seorang saudaranya daripada kampung mengkhabarkan tentang ayahnya yang sakit tenat. Si isteri hanya menjawab: “Baliklah dahulu. Suamiku tiada di rumah.” Tak lama, saudara tadi berjumpa sekali lagi dengan si isteri, mengkhabarkan ayahnya telah meninggal dunia. Si isteri masih berikan jawapan yang sama: “Baliklah dahulu. Suamiku tiada di rumah.” Tidak lama, si suami pulang daripada berjuang. Si isteri memberikan sepenuh layanan kepada si suami termasuk layanan intimasi. Bila yakin si suami mendapat layanan sebaiknya, barulah si isteri mengkhabarkan berita tentang ayahnya.
** pada Zaman INI masih Adakah perkara ini berlaku...??

Isteri disifatkan sebagai melaku perbuatan Nushuz sekiranya ia keluar rumah tanpa mendapat keizinan suami terlebih dahulu kerana asal bagi seseorang perempuan ialah sentiasa berada di rumah suami . Firman Allah, (al-Ahzab : 33)
Apa pun berbalik kepada agama....Takkan nak biarkan suaminya terkontang kanting sorang2 kat rumah..Balik kerja rumah kosong...Rupanya diberitahu dah keluar balik Kampung melalui SMS aje...ceh! Kenapa lah si Isteri tu...Malang si Suami..tido berteman bantal peluk...

MINTAK IZIN KE ATAU BAGITAHU

KUFUR NIKMAT

Pertanyaan ditujukan kepada Rasulullah oleh wanita :: Kenapa ramai kaum wanita berada di dalam neraka?
Jawab baginda: “Kerana mereka mengingkari pergaulan dan jasa suaminya serta tidak bersyukur.” Dan apabila baginda ditanya bagaimana sebenarnya kufur nikmat itu? Sabda baginda: Seseorang kamu sudah lama membujang, akhirnya dikurniakan suami dan lama hidup bersamanya dan serta memperoleh cahaya mata dengannya. Tetapi bila berlaku sebarang ketegangan dalam rumah tangga terus sahaja isteri tadi bersumpah serta mengungkit mengatakan suami tidak pernah melakukan sebarang kebaikan dan berjasa terhadapnya.
Sikap seperti itulah kata Rasulullah kufur nikmat yang diulanginya sampai tiga kali. 

Ketentuan

ALLAH tentukan seperti firmanNya:
Terjemahannya: " Barang siapa yang mengerjakan kebaikan sebesar zarrah pun nescaya dia akan melihatnya (menilai)."(Al Zalzalah: 7)

Di samping itu ada juga amaran daripada-Nya iaitu:
Terjemahannya: " Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan sebesar zarrah pun nescaya dia akan melihatnya (menilai) pula."(Al Zalzalah: 8)


Kejadian Terbalik

Satu lagi kejadian yg jarang berlaku pada org lain..kengkadang ia berlaku juga pasal $$$ ni..sebabnya benda alah ni lah boleh rosakkan pikiran manusia..yea laa org $$ banyak,,
Dia boleh lupa daratan..dimana kedudukan dia disisi keluarga..disisi Tuhan..disisi masyarakat..Org mcmni dia lupa hukum Tuhan..
Jenis Makluk Manusia yang susah nak dengar teguran orang lain..sentiasa memberontak bila di tegur..kadang2 bukan kita tegur perbuatan dia..tapi kita tanya..itu pon kita dimarahnya...
Walaupon dimata kita orang tu salah..tetap kita dimarahi balik..Kadang2 aku terpikir.."sapa lak yang salah ni..?" aku ke dia?patut aku yg marah dia..kenapa pulak dia yg nak marah2 ni..?hahaha ( ketawa seram dalam hati..)
Nak tegur tak boleh bagaiman ingin ditunjuk jalan yg benar2 diredhai Allah...

Kengkadang aku naik pelik dengan perangai manusia sekarang..tapi bila dipikir pikirkan...mungkin itu lumrah...macam irama dan lagu..manusia dan duit...
Ada duit..banyak..ramailah kawan..dari jauh dah nampak..dari jauh dah hulur tangan nak salam..yg ni tak kiralah sedara ker..kawan yg dah lama tak nampak laa..
Tapi... bila kita ni mcm biasa orgnya..tak semegah mana..org buat "dono" jek..kalu depan mata ..salam pon tak..bukan kata nak datang tunjuk muka..senyum..puih!! kita tengok dia..dia pandang tempat lain..biasalah org mcm ni berlakon memang power...ada sifat "money eyes"Bukan sekali kena..tapi aku dah tau saat bila aku akan disalam dan terus tidak dihiraukan...Yang peliknya lagik..org sebelah aku di sapa..hehehe..takper lah...
Ya Allah..jauhkanlah anak2 aku dr bergaul dengan org mcm ni..Ya Allah.....Ampunkan lah dosa2 ku..dan makbulkan doa2 ku ini...Jadikkan lah anak2 ku ini cerdik dan pandai serta soleh dan solehah....

Baca lah...


Sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam:
Engkau (suami) harus memberinya makan jika engkau makan dan memberinya pakaian jika engkau berpakaian. Janganlah engkau menempeleng wajahnya, janganlah engkau menghinanya, dan jangan pula membiarkannya kecuali di dalam rumah.” [HR Ahmad, Abu Dawud, Ibn Hibban]

Ya Allah, pernah kah aku membuat perkara terlarang itu......


Dalam hadis yang lain Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda bermaksud:

"Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri daripada kaum wanita." Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka: "Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ?" Baginda menjawab : "Tidak, mereka ini ialah mereka yang menggunakan lidah menyakiti hati suami dan tidak bersyukur akan nikmat yang disediakan oleh suaminya."(Riwayat Muslim)
Rasul Allah bersabda ; "Wanita amat mudah memasuki syurga. Sekiranya kamu
(a) mengerjakan sembahyang 5 waktu
(b) berpuasa di bulan Ramadhan
(c) mentaati suami
(di) menjaga kehormatan diri Allah menjamin kamu masuk syurga dari pintu mana yang kamu suka."

Istilah Duit


Duit ni lah boleh jadi punca segalanya....

Ia boleh jadik orang akan hormat setinggi2 tidak pada kita..dan Duit ini jugalah menjadikkan kita dihina sehinanya tidak kira pangkat atau pon hubungan sesama manusia...

Ada orang kata duit ni POWER segalanya...bagaikan terkene minyak senyonyong...(pada org yg kurang duitnya)tak kira apa mesti nak dapat..tp bila dapat hilang ingatan..pedoman lupa daratan..lupa diri/tak kenal diri dimana tempatnya....
Tapi pada orang banyak duit..senang dapatnya duit ni..ia bagaikan pelaris perniagaan yg power..boleh menarik orang....tak kira siapa..

Duit boleh diIbaratkan sebagai Dadah...
Bila sakit kita akan mencarinya untuk di buat ubat..TAPI jika salah gunanya...Padah akan menimpa...Inilah Manusia VS Duit....

Back to school



Kali ni Giliran ACU ke sekolah di Darjah 1...Sekolah Kebangsaan Putra Utama...Gembira sungguh dia...



Last 2011 XTVT


Kali ni kita pergi The Lost World of Tambun...Lepas tu ke Manjung...dan destinasi terakhir pula ke Cameron Highland...Kenangan yg paling best gi Cameron ni bukan pada sejuknya..bukan pada strawberrynya... tau pon pada ladang Tehnya...TAPI makan Durian kat tepi jalan bertemankan Orang Kiter..hehehehe(org asli)








Firman Allah swt dalam, Surah Al Isra': 23-24

Maksudnya,: "Tuhanmu telah memerintahkan kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibubapamu sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduannya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkatan (ah) dan janganlah kamu mmbentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah, "Wahai Tuhanku, kasihlah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil."
::Sebenarnya apa yang dilihatnya..dr segi hartanya kah?baiknya kah? atau Duitnya kah?kalu itu yg dilihatnya...memang mcm graf lah perangainya..bila buat kebajikan..pd org tuanya...

Rasulullah saw pernah besabda":
"Apabila seorang lelaki memandang wajah ibu bapanya dengan penuh hormat serta kasih dan mesra, mak Allah menuliskan baginya dari sebab memandang itu pahala sebesar ibadat Haji yang makbul dan diterima Allah".
Tapi apa yg nampak sekarang ini..memang pelik>.Tapi benar...