Keluarga Harapan MRE

Blog Family MRE

ip information

Selepas Beberapa Bulan

Selepas beberapa bulan melayari perjalanan hidup.. FamilyEzul melangkah demi langkah utk kelangsungan hidup... Kerja terus kerja.. Makan terus makan.. Hihihi...

Permintaan dan harapan cuba untuk dilaksanakan demi kegembiraan dan keharmonian bersama sekeluarga dan org sekeliling... 
Sepanjang tempoh tu...aku berharap aku dpt menggembirakan mak, bini dan anak² aku semua.. Tu harapan aku seblm pejamkan mata selamanya... InsyaAllah... 
So.. Untuk mengeratkan lg, aturan Allah yg telah menganugerahkan lg kepada keluarga ini dengan menambahkan bilangan keluarga yang ke 8 (aku..)
Genap 37minggu satu tangisan bayi yg da lama tak kedengaran telah tercetus di kediaman kami....
Jam 530pm 05.11.2020 Hari Khamis baby ini telah dilahirkan...seberat 3.1kg di HSI. Kami memberi Nama Muhammad Eusoff Danial. 
 ALHAMDULILAH.. Tahniah mami...



Sehingga saat ini Muhammad Eusoff Danial ni masih lagi berulang alik hospital cek Kuning🤦‍♂️






































Syukur Alhamdullilah

Syukur Kehadrat Ilahi..Allahi pencipta semesta alam..Yang maha Pemurah lagi Maha Penyayang..Yang Menguasai hari pembalasan..

Aku bersyukur dengan nikmatMu..Dengan ciptaanMu..Pasanganku..zuriat zuriat kurnian Mu, Allah..
Pernah tak dengar pasal Perempuan itu diciptakan dari tulang rusuk lelaki?Yang sebenarnya ia hanya kiasan..

Imam Qurtubi menjelaskan  dalam kitabnya Dalilul Falihin, “Wanita dicipta dalam batas dan keadaan seperti tulang rusuk dan bukan dicipta daripada tulang rusuk.” Huraiannya, tulang rusuk dalam keadaan bengkok adalah berbeza daripada tulang yang lain (kiasan)

Dalam hal ini..kalu difahami tulang rusuk itu bengkok..memang payah untuk ditegakkan..sbb tu perempuan itu sifatnya payah dibentuk...bukan tak boleh..
Pepatah kerak yang keras bila direndam lembutlah dia..( tapi sifatnya masih kerak..bukan nasi )
Lagi satu..Lekuk batu dititik air selalu....

Jadi dalam kejadian tulang..kerak nasi...batu..bila kita nak ubah bentuk asalnya memang ambil masa...ada yang dah berbelas tahun pun masih sifat asal yang sama....Kalu sifatnya sentiasa tak berpuas hati..sampai bila2 pun ia bersifat demikian...

Rasulullah saw bersabda, “Aku berwasiat kepada kamu supaya menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana mereka dijadikan daripada tulang rusuk dan sebengkok-bengkok tulang rusuk adalah yang di bahagian teratas. Apabila kamu cuba meluruskannya, kamu akan mematahkannya dan apabila kamu biarkan saja dia akan terus bengkok selama-lamanya. Berpesan-pesanlah mengenai wanita (dengan kebaikan).”
HR Bukhari dan Muslim


Maksudnya yang aku faham sebagai suami kita haruslah membentuk diorang ni wahai sang Isteri..namun demikian..Wahai  sang Isteri..dengarlah kata2 suami mu itu...patuh lah..tunduklah selagi ia tidak melanggari hukum Allah..itu wajib..
Batu asah kalau di gunakan hari2 boleh nipis...sebelum hatinya ( sang suami ) nipis...dengar lah..ikutlah..
Dalam hal ini wahai Isteri...kata2 Sang suami bukan disuruh ikut bulat..nanti menyampah pulakkan..dah lah semua kerja rumah kene buat..( kikiki )semua tu buleh dibincang..boleh dirunding...( bukan bantah sampai tinggikan suara..bermasam muka..dia tetap suami.kene hormat )

Begitu syukurlah kepada Allah..kalau Suami tu Bertolak ansur..suka mintak pendapat Isteri..walaupun dia ada pendapat sendiri...Tak suka cara suami bagitau..bukan melenting tak pasal pasal..Nak mintak tolong bagitau..bukan maki2..mengadu dekat facebook lah..tweeter lah..wechat lah..itu bukan cara Islam..kita beragama Islam..rujuk kitab..tak ada kitab..try cari di Internet kaedah Islam..Suami ni bukan semuanya betul...

Kalau kita tak boleh terima pendapat suami...teguran suami..macamana...Kalau Isteri tak tegur suami..suami anggap semua dibuat betul..tak der masalah maksudnya..
Kalau Isteri tak diteguri suami..maksudnya semuanya indah dimata suami...sesekali ditegur IKUT..bukan dipertikaikan..bukan dibenci..tapi mungkin untuk dipercantikkan lg..


Rasulullah SAW pernah bersabda bermaksud: “Sekiranya aku dibenarkan untuk memerintahkan seseorang bersujud kepada orang lain, nescaya aku perintahkan seorang isteri bersujud kepada suaminya.” (Hadis riwayat Tirmidzi dan Ibnu Hibban)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat jika suaminya ada di rumah serta tidak dengan izinnya, dan tidak boleh memasukkan seorang lelaki ke rumahnya (walaupun saudara mara) dengan tidak meminta izin suaminya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Apabila seorang isteri keluar rumah, sedangkan suami membencinya (tidak mengizinkannya), dia akan dilaknat oleh semua malaikat di langit dan semua apa yang dilaluinya (di bumi) selain daripada jin dan manusia, sehinggalah dia kembali semula (kepada rumah suaminya).” (Hadis riwayat Thabari)

                                               "TAAT LAH SYURGA DIHADAPAN MU WAHAI ISTERI"

Aggresif


Bila kita beranak pinak ni..segala tingkah laku kena lah jaga..tak kira lah kan..dirumah..diluar ataupun di toilet (hehehe)
Tingkah laku kita ni..anak anak sentiasa monitor tanpa kita sedari..So apa perlu kita buat? Jaga lah sebaik mungkin...jangan ikut perasaan..hormat pada orang lain..jangan ikut emosi..nanti bila anak kita besar nanti..diorang akan ikut apa yg kita buat...
Tapi apa akan jadi kalau kita membongkak..sombong dengan apa yg kita ada..pantang salah sikit..nak melenting...kenapa...
Malu..kalau anak anak kita tengok..takut nanti dia ikut apa yang kita buat...secara tidak langsung ia akan jadi tradisi turun temurun...'
Apa yang perlu kita buat? kita perbetulkan keadaan..bukan mengeruhkan keadaan..bukan meng-iakan lagi..
dengarlah nasihat orang..itukan nasihat...bila orang nasihat dengar...ikut..benda betul kan..bukan benda salah..jgn pulak carik salah org lain plak..
Bukannya..jangan sampai anak anak kita ikut perangai buruk kita...nanti buruk jugak kita dapat...(kekeke) baru padan muka!

Ciuman Muda vs Ciuman Tua

Hahaha...kali ni lain sikit..tajuk dia pon agak mcm cumbu cumbuan gitu....

Tapi sebernanya tak pon..cuma bila pikir²kan ciuman waktu umur muda lebih murah berbanding masa umur kita meningkat..
Masa muda...tidak payah mintak..dah bertepek da kat pipi ciumannya...bukan kata dari anak..bahkan dari maknya jugak...
Tapi..yealah..bila masa berlalu..ia hanya jd sejarah..kenangan manis buat diri seseorang..pabila ciuman tu perlu diminta minta...tu pon nasib kalau dapat...kikiki...sebab ia mahal makan usia walaupon ia free...
Namun ia Anugrah dan nikmat yg Allah beri...adakah perlu mencari ciuman fresh baru?? kekeke...

Raya 2014

Raya kini tiba...biasalah posing bagai..hehehe..maknya malu..anaknya pulak di perlakukan seperti model..hehehe..Raya kali ni omak den datang umah ngn adik den..cuma adik den yg pompuan tu..payah nk arrange raya sama..almaklomlah..pompuan kene ikut laki...



Raya 2014

Macam macam Persiapan..walaupun kali ini kitorang cadang buat ala kadar aja..tapi anak2 punya pasal..kita buat mcm best laa..kikiki..
Lagipon tahun ni..Mak ..Adik aku 1st day ada kat umah aku...ok laa...nampak gayanya..baju kasut seluar semua dah settle utk anak2..
Emm..Cat? ok..tiada cadangan untuk mengecat rumah..sbb tahun lepas dah buat..tapi disaat2 akhir..ada plak..tp tak banyak..kasik touchup sikit bilik2 anak2 aku...sebb lepas renovate langsung x cat...tapi itu dibawah kelolaan awek aku tu.. Pn. Yuyul...
Gambo...emm..rasa x sempat nak amek...layan dengan anak yg kecik ni..MTD semakin ligat...
So..Have fun..!!kita tengok tahun ni raya cerita apa plak..ada derama sedih atau derama perang2..kekeke..
Biasala...

Musim Ke Mekah Kembali Lagi







Menunaikan Fardhu Haji bagi orang yang Berkemampuan...Itu lah dia bagi mereka yang sampai serunya..Kini giliran Nenek ku Pada 1hb Nov...TAPI gambar dia takder sebab aku datang lambat..hehehee..sempat jumoa ajek tu pun dia nak sangat masuk ke pintu dewan menunggu berlepas..Lepas hantar nenek aku tu.Bapak saudara n Mak saudara aku singgah kerumah aku reramai..Lepas tu berarak ke rumah Paklong aku..Tapi KENAPA ?%$#@* SIMBOLIK hingga tiada kefahaman keatas diriku ini yang malas untuk memikirkan KECUALI dipaksa berfikir untuk kePAStian juga KEADILAN harus diGERAKAN..ehehhee

Kunjung Mengunjung


Kunjungan Raya dari Pontian.. "Mak Ngah and Son Grand"ehehee.. sempena Hari Raya ke rumah aku...baru baru ini...Baby tu cucu baru mak ngah ...baru 2 bulan

Perkahwinan Kak Lin





Kali ini Turn Kak Lin pulak kahwin...Ini sepupu isteri aku..Lokasi di Muar..Ni pun tak tau..bila jumpa lagi..kalau orang tua nya(pakcik makcik aku ler) tak suruh anak menantu dia lawat sedara mara..ehehehe..Harap harap dapat mengeratkan silaturahim antara kekeluargaan...Semoga berkekalan ke Akhir Hayat...Amin

Hari Pertunangan






10hb Aug 2008...Izy telah mencipta sejarah..terulung kalinya dia bertunang..Ini adik aku yang kecik skali,kalu nak ikutkan...dah besor upanya dia ni,eloklah..langkah pertama dia dah mulakan tu..Majlis dibuat secara kecil kecilan..dengan penuh sederhana...ayam itik pun cukup2 ajer...daging pun sama..senang citer tak membazir lah...Lauk pauk pon stayle mcm makan kat umah..cuma mak masak banyak sikit ajer ari tu...Itu pon sebab rombongan meminang datang ramai..maklomlah..nak tengok Izy..sedara baru dia..hehehe..Terima Kasih pada makcik2 disekeliling umah ni..yang menolong potong bawang..



Mertua Ku



Hari Sabtu 26/07/08 ummi dan bapa mertua aku datang rumah aku...lebih kurang 1130pm diorang sampai..sebab esokkan harinya ada jemputan kawin dekat Parit Pasir,Pontian..kira saudara juga tu...Pagi tu singgah umah Mak Ngah sebab ayah nak ajak Mak Ngah joint sekali.. Petang tu diorang semua balik semula ke Bahau...

Gathering...

Pada 16/17hb Ogos...keluarga besar Allayarham Hj Sidek Hj Bajuri merancang untuk mengadakan gotong royong di rumah Desa Parit Sengkuang Seri Gading,Batu Pahat beramai ramai..Nampaknya jadual aku pack betul ni dalam 1/2 minggu ni..dengan shootingnya,jemputan kawin lagi..maklumlah bulan puasa dah nak dekat..Ingat pada mulanya rancangan bapa saudara aku Wak Jamil kata,nak repair bumbung rumah Kampung tu..tapi kosnya tinggi..jadi ubah plan lain..Insyallah..kami hadirkan diri..nanti gambar aktiviti aku masukkan dalam blog ini,untuk tatapan juga sebagai kenang kenangan...Harap semua sepupu aku dapat hadir...aku jua pon begitu..maklumlah bapa aku pon dah tak da.....