Keluarga Harapan MRE

Blog Family MRE

ip information

Munafik yang Jujur

Assalamualaikum.... Sesungguhnya salah satu sifat munafik adalah ketidak jujuran.. Samada dari pergaulan.. Percakapan..penulisan..perhubungan juga.. Rakan² serta para pembaca sekalian... Kejujuran ni penting pada setiap segi acara dlm kehidupan kita.. X kira dimana.. Semua org mengharapkan ia hadir dengan ikhlas..dlm meminta maaf juga perlu ada kejujuran.. Ia bukan satu perkataan yang mudah di taip ataupon diungkap..

Kekecewaan yang amat sangat pedih terbit disetiap luhur jiwa sanubari bila sifat ketidak jujuran dapat diketahui.. Pasti perkataan pertama yg diungkap adalah "sampai... hati.... "
Sebenarnya bukan alasan ketidakpuashati dlm hati.. Boleh menghalalkan kecurangan atau tidak jujur dlm perhubungan...Walaubagaimana pon.. Sayangilah keluarga anda.. Pasangan Anda.. anak² anda.. Sesuatu masalah adalah 1 ujian yang ALLAH datangkan untuk kita sama² hadapi.. Melawan anasir² luar yg tetiba menyokong perbuatan terkutuk kita yg boleh merosakkan.. menghancurkan segalanya...
Ia menjadi satu iktibar jika kita pandang dr sudut lain.. Sbb ianya menjadi 1 ukuran kasih sayang sebenar²nya yg bukan dr lakonan drama samarinda slot akasia..
Asalkan ada penyesalan dr perbuatan sifat ini.. InsyaAllah Allah tolong.. Allah sayang kita semua.. Pasti ada jalan.. Pasti Allah bg petunjuk.. Allah bg petunjuk....siapa sangka

"Org luar nampak ia 1 ujian.. Org yg menghadapi mengharap ada hikmah"

"Biar Nakal Tapi jujur dari Baik Tapi Munafik" 




P/s: ENAKMEN 11 TAHUN 2013
            ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH       
            2011 BAHAGIAN V - KESALAHAN PELBAGAI (seksyen43)