Keluarga Harapan MRE

Blog Family MRE

ip information

New Chapter

Husna Nazurah anak kedua dalam 6 adik beradik dia kini melanjutkan pelajaran ke UNIMAS Sarawak selepas 5 tahun di Sasem (Sekolah Sains Sembrong, Kluang).. Keadaan ada sedikit kelam kelibut dibuatnya disebbkan persedian perlu disiapkan dlm masa 1seminggu...

Alhamdulilah.. Dari segi register.. Penempatan pelajar.. Document bileh dikatakan dia yg uruskan.. Kita cuma tolong apa yg patut.. Yg x dpt dia sediakan..
Mudah²an Husna Nazurah berjaya dlm hidupnya dan tak lupa diri.. Aku.. Sebagai bapa duduk tepi tumpang gembira.. Walaupon jiwa melonjak bangga.. Tp relex je jgn nmpk sangat...hehehe..entah sempat ke tak aku nk tengok dia berjaya nanti..semoga cita²nya tercapai 

Kiri masa kecik

Ni dia da beso





Manusia Kesunyian

Hahaha.. Bila dipikirkan sesungguhnya kengkadang antaranya manusia yang kesunyian hidupnya adalah seorang bapa yang punyai anak yg ramai  dan bini dianggap cantik.. 

Ini mungkin kerana ia sentiasa menyokong demi kegembiraan ahli rumah sebagai cth walaupon 1 perkara itu seorang bapa x setuju tp demi kegembiraan hati mereka.. 
Ia menyokong sahaja dr ia menjadi bermasam muka dlm rumah.. Sokong mereka gembira, bantah mereka benci.. 

Ini lah manusia yg kesunyian akhirnya.. Sbb tiada siapa yg nk Ikut kata dia.. Tiada sapa yg menyokong apa yg dia buat.. Kadang² buat baik pada org pon bleh jadi salah..bertalam muka.. Walaupon org yg
 ditolong itu mereka kenal.. Nauzubila...
Pelukkan... Ciuman.. Minta maap.. Semua nya mahal² belaka utk bapa.. Kadang² tiada utk bapa walaupon 'raya' hehhehe... Tiada utk bapa..
Itulah manusia yg kesunyian... Iaitu bapa

2022

Dah bulan 6 tahun ni?? Omaigat... Sepanjang perjalanan tahun ini ramai org yang kenali telah meninggalkan kita.. Mereka yg dipanggil sahabat.. Kawan.. Rakan.. Kenalan..

Mereka ini telah ditamatkan kehidupan nya didunia.. Yg kita tidak tahu bagaimana pula turn kita.. Semua ini peringatan utk kita... Ujian.. Kita gi melawat itu pon sebahgian dr ujian tuhan..
Semoga selepas tiadanya kita.. Keluarga yg kita kasihi mendoakan dan dititipkan di setiap solatnya tanpa dilupakan sampai bila²..Mudah²an ya.. Takutnya ingat tp tanpa diiringi doa dlm solat... Alfatihah kepada mereka yg telah meninggalkan kita... 

Sekian Lama

Tetiba terasa nak mengarang dekat blog ni.. Da lama rasanya... Eusoff pon da 1tahun umurnya.. Macam² pancaroba... Hehehe(konon)





Harap semuanya berjalan lancar.. Hidup harmoni sejahtera semua..Hidup ni sebenarmya kalau tiada yg mengkhianati dan kita tak di khianati.. Pasti hati tenang.... 
Pokok pangkal sedar diri.. Tanya pada diri apa tujuan sebenar dgn apa yg kita buat.. Dimana kedudukan diri kita... Bukan kita sibuk hal org lain.. Mencari sesuatu yg tak pasti.. 
Nak Melakukan perkara yg buruk.. Patutnya yg punya otak yg sempurna boleh berpikir mana buruk dan baik.. Sebb kalu sendiri tak suka akan apa org buat pada kita.. Kenapa perlu kita buat terhadap org lain? 

Kes viral dr hanafi dgn ppk ni membuat hati aku terkesan. Sesuatu BULLSHIT... Salah Dr atau ppk..?? Kenapa ppk? Adakah ia hobi utk kacau rumahtangga org? Banyak kali aku ulang video tu.. Cuba letakkan diri dkt situasi tu.. Memang sadis... Ada pangkat tp otak taik.. Adakah hanafi ni belanja air perempuan sihir pada raihan ppk tu? Hahaha


Hari hari terakhir

Hari terakhir dimuka bumi, kawan baik aku dr sekolah sampai 1210 11hb Julai... 9hari lg besdey dia.. ZULKHARNAIN MD TAP.. Seorang pendengar, penasihat,pemberi buah fikiran, idea.. Bertahun...kini segala cerita ceritun bersama dibawa bersama jasad.. terkubur.. Innalilahiwainalhirojiun...😭





Tiada gambaran dimana.. Cuma gambaran di mata hati...yg tertanam sukar dipadam..
Alfatihah...

Di samping itu juga.. Berita Wak Hairi kota tinggi juga telah menghembuskan nafasnya yg terakhir pada hari ini...

Apa jua keadaan zaman covid ini sukar mendapat pelepasan ziarah.. Dukacita yg amat terbeku.. 

Simpan gambar ni dekat sini..terlupa oulak nk letak sini.. Sibuk sangat dekat fb.. 😝